Kampung Air Jadi Tempat Sembunyi Kumpulan Penculik Di Pantai Timur Sabah

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 11:27 AM

Pulau Denawan antara perkampungan air di Semporna yang dijadikan tempat persembunyian oleh kumpulan penculik yang menculik bagi mendapatkan wang tebusan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kampung Simunul, Kampung Bangau Bangau, Pulau Denawan dan Kampung Labuan Haji merupakan antara perkampungan air di Semporna yang dijadikan tempat persembunyian oleh kumpulan penculik yang menculik bagi mendapatkan wang tebusan, menurut seorang pegawai Kawalan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Mereka (kumpulan penculik) dengan mudah membolos masuk Sabah dari selatan Filipina dan bersembunyi di perkampungan air ini," katanya.

Pegawai itu yang enggan dikenali berkata, penculik dalam kejadian di Singamata menetap di Kampung Labuan Haji, Pulau Bumbung di perairan Semporna.

Sebaik sahaja tujuh lelaki bersenjata mendapat "lampu hijau", mereka kemudiannya menaiki bot dari Kampung Labuan Haji ke Singamata Reef Resort yang terletak kira-kira satu kilometer.

Sejurus selepas penculikan, pasukan keselamatan melancarkan operasi di Kampung Labuan Haji dan mendapati kira-kira 500 pendatang asing tanpa izin (Pati) tinggal di kampung air itu.

"Kumpulan yang menculik untuk mendapatkan wang tebusan tidak mempunyai masalah untuk bercampur dengan penduduk kampung kerana mempunyai bahasa dan gaya hidup yang hampir sama antara kedua-duanya," kata pegawai itu.

Beliau berkata, "musuh dalaman" merupakan sebahagian daripada populasi migran yang melarikan daripada Jolo semasa perang Moro pada 1970an.

"Mereka memasuki Sabah sebagai pelarian. Hari ini, mereka sudah pun mempunyai dua dan tiga generasi yang bercampur dengan masyarakat tempatan.

"Malah ada sesetengahnya berkahwin dengan mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan," tambahnya.

Ketua Pengarah Esscomm, Datuk Mohammad Mentek berkata, dalam kejadian penculikan terbaharu di Kunak, polis percaya ia dilakukan oleh "orang dalam".

Mohammad berkata, siasatan awal menunjukkan modus operandi bagi penculikan di Kunak adalah sama di Pulau Baik, Lahad Datu.

"Kedua-dua kumpulan itu menggunakan pekerja-pekerja di situ untuk memantau pemilik dan keadaan sekitar di mana kumpulan penculik memasuki dan meninggalkan pusat ternakan ikan dengan cara yang hampir sama.

Ditanya bagaimana untuk menghentikan aktiviti penculikan yang berleluasa, pegawai keselamatan itu berkata: "Anda perlu cari musuh dalam selimut".

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan