Sultan Ahmad Shah Sihat - Adnan

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 6:20 PM

Sultan Ahmad Shah

(Ubah saiz teks)

RAUB: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah kini berada dalam keadaan sihat dan telahpun dibenar pulang semalam setelah dirawat selama empat hari di Institut Jantung Negara (IJN).

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memaklumkan demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas ditanya mengenai desas-desus kesihatan Sultan Ahmad Shah dikatakan kurang stabil kebelakangan ini.

"Tidak ada yang perlu dirisaukan kerana baginda sihat dan kini sudah boleh bermain golf," kata Adnan yang ditemui selepas merasmikan merasmikan upacara pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di tapak projek PR1MA Dong, Kampung Lechar.

Menurut Adnan, Sultan Ahmad Shah dimasukkan ke IJN susulan jangkitan kuman.

Desas-desus status kesihatan Sultan Pahang itu hangat diperkatakan menerusi laman sosial selepas beberapa acara rasmi melibatkan baginda sempena sambutan Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang ditunda.

Ini termasuk program Istana Terbuka yang sepatutnya berlangsung dari 19 Jun hingga 21 Jun lepas namun hanya diadakan sehari iaitu pada 19 Jun dan majlis perasmian pameran dan biografi Sultan Ahmad Shah di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, malam Isnin.

Mengulas lanjut, Adnan berkata ini bukan kali pertama isu kesihatan baginda heboh dibicarakan oleh masyarakat terutama menerusi media sosial, khususnya selepas gambar baginda mendapatkan rawatan di IJN tersebar luas di Facebook.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat terutama rakyat Pahang agar tidak bimbang dan meminta mereka bersama-sama terus mendoakan kesihatan baginda.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan