Polis Tegas Banteras Isu Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 8:40 PM

Khalid Abu Bakar

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tegas dalam melaksanakan pelbagai langkah yang perlu bagi membanteras isu pemerdagangan manusia di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Namun, katanya PDRM memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan usaha itu dengan lebih berkesan tanpa menjejaskan imej negara.

Ketika diminta mengulas Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dikeluarkan di Washington DC pada 20 Jun lepas, beliau berkata pelbagai perkara perlu diperincikan bagi melihat jika ada kelemahan yang boleh dibaiki.

"Ini laporan satu negara sahaja tetapi bagi pihak polis, kita ada langkah untuk bendung pemerdagangan manusia," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Khalid ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan PDRM bagi pelaksanaan penawaran program akademik peringkat sarjana muda dan diploma kepada pegawai dan anggota polis.

Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat itu meletakkan Malaysia pada Senarai Pemerhatian Tahap 3 daripada kedudukan sebelum ini di Tahap 2.

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam menyatakan rasa kesalnya terhadap laporan itu kerana Malaysia amat serius dan komited dalam usahanya menangani pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran. 

Sementara itu, Khalid berkata polis akan terus memperketat kawalan di sempadan negara bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin berikutan berlakunya kes penyeludupan warga asing dipercayai menggunakan Lebuhraya Pantai Timur baru-baru ini.

Pihaknya akan memberi tumpuan utama pada tahap pengawasan di sempadan negara termasuk di Sabah bagi mencegah kegiatan penyeludupan atau penculikan berulang.

"Untuk Sabah, kita akan tambah lebih ramai anggota untuk mengawal di kawasan sempadan selain menambah peralatan keselamatan bagi memastikan tiada kegiatan penyeludupan atau penculikan berulang," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan