Najib Garis '6K' Sebagai Resipi Utama Kekuatan Parti

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 11:51 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata menggariskan formula "6K" sebagai resepi kekuatan Umno untuk terus kukuh dan kekal relevan iaitu Ketaatan, Kesetiaan, Keberanian, Kesetiakawan, Kebijaksanaan dan Keikhlasan. 

Selain itu, katanya Umno terus subur dengan memastikan setiap anggotanya taat kepada Allah dan Rasul selain Ulul Amri iaitu pemimpin mereka.

Dengan ketaatan itulah Umno menjadi tonggak perwatakan orang Melayu yang sejati, katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-20 Umno Bahagian Cheras di sini, malam Isnin. 

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Azizah Mohd Dun dan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Mengulas lanjut, Najib berkata amalan yang diterapkan kepada anggota Umno ialah kesetiaan bukan sahaja kepada parti, malah kepada negara yang merupakan nilai amat besar ertinya. 

"Yang ketiga ialah keberanian perjuangan. Tanamkan semangat keberanian dalam apa juga perjuangan kita demi parti.

"Keempat ialah kesetiakawanan tidak kira dalam senang atau dalam susah mesti bersama-sama. Bila ada pilihan raya, kita harapkan pada kawan. Kalau Cheras tak boleh menang, bantulah tempat lain," kata Najib. 

Presiden Umno itu berkata resepi kelima yang perlu ada dalam diri anggota parti adalah kebijaksanaan termasuk kemampuan menggunakan kecanggihan teknologi serta media sosial terkini.

"Kalau hentam sembrono sahaja, tidak boleh menang, teknologi mesti ada juga. Hari ini, kalau orang lawan pakai Facebook, kita lawan Facebook. Orang lawan dalam talian, kita pun lawan dalam talian," katanya.

Sambil menyatakan resepi keenam adalah keikhlasan, Najib menekankan pentingnya untuk mengingatkan diri masing-masing bahawa apa yang dilakukan
adalah demi parti dan orang Melayu dan bukannya untuk agenda tersembunyi.

"Sekarang dah nak masuk Ramadan, banyakkanlah buat kebajikan dan ikhlas kerana Allah, bukan kerana ada sebab lain," katanya. 

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata orang Melayu perlu melihat kembali kepada sejarah perjuangan terdahulu jika mahu terus berjaya dan mengekalkan
perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu itu sendiri.

"Kenapa tradisi tidak jadikan orang Melayu bangsa yang gagah dan perkasa. Kerana kita berpecah ikut negeri masing-masing, ikut puak masing-masing,
kelompok masing-masing.

"Penyatuan orang Melayu hanya jadi kenyataan bila Umno dilahirkan pada 1946. Ketika itulah kekuatan orang Melayu bermula, kekuatan yang bersandarkan pada
nama parti kita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno)," kata Najib. 

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan 'Buku Minda Syed Ali' dan Buletin Edisi Khas 20 Tahun Umno Cheras.

Beliau turut menerima peti mengandungi amanat Syed Ali yang kemudian diserah kepada Setiausaha Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah untuk disimpan sebelum dibuka 20 tahun lagi.

Tags / Kata Kunci: Umno , 6K

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan