Malaysia Mungkin Dapat Laksana Program Pengecualian Visa AS Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 7:20 PM

Joseph Y. Yun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin dapat melaksanakan program pengecualian visa Amerika Syarikat (VWP) seawal tahun depan.

"Saya tidak mahu memberikan tempoh masa khusus tetapi mungkin pada tahun depan," kata Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun, kepada Bernama selepas mesyuarat Meja Bulat Koporat Malaysia yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, di sini. Isnin.

Sebelum itu, Yun berkata tidak banyak negara di seluruh dunia yang mempunyai VWP dan ada beberapa kriteria yang Malaysia perlu penuhi untuk layak bagi pengecualian tersebut.

"Sesetengah daripadanya sudah ada, sebagai contoh, timbal balik Malaysia perlu membenarkan warga Amerika masuk tanpa visa, dan pasport elektronik," kata Yun.

Bagaimanapun, terdapat beberapa keperluan lain yang belum dipenuhi seperti pelaporan pasport yang hilang dan dicuri kepada Interpol dan pertukaran data untuk penjenayah.

"Ini adalah antara beberapa perkara yang saya akan bantu kerajaan anda untuk membolehkan kelayakan ini. Terdapat kemajuan mengenainya," katanya.

Yun berkata beliau sudah menemui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Malaysia telah bersetuju untuk melantik seorang penyelaras bagi memastikan proses itu berjalan lancar.

Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Yun berkata tidak ada sebab mengapa ia perlu ditangguhkan lebih lama.

"Perkara yang paling penting tentang TPP adalah apa yang ada dalam perjanjian. Kita tidak mahu melonggarkan untuk mencapai perjanjian yang lemah. Tempoh masa penting, tetapi apa yang lebih penting ialah kualiti. Kami percaya bahawa ini boleh dicapai pada November," katanya.

Beliau berkata rundingan adalah tentang kompromi, dan tidak ada persoalan yang pada akhirnya TPPA akan berdasarkan kepada kompromi.

"Terdapat 12 buah negara yang terlibat. Ia bukan satu perjanjian dua hala," katanya.

Yun juga menegaskan bahawa satu kajian baru-baru ini oleh Institut Peterson untuk Ekonomi Antarabangsa di Washington DC mendapati Malaysia merupakan negara kedua mendapat faedah terbesar daripada TPPA, selepas Vietnam, apabila perjanjian itu direalisasikan.
Tags / Kata Kunci: visa AS , pengecualian , Joseph Y. Yun

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan