20 Peratus Pelajar Tingkatan 1-6 Di Perlis Penagih Air Ketum

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 11:35 PM

Datuk Seri Azlan Man

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum.

Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum.

"Kerajaan negeri bimbang peringkat awal pelajar-pelajar ini menagih air ketum tetapi lama-kelamaan mereka menjadi penagih dadah, ubat batuk atau menghidu gam," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-43 di Dewan 2020 di sini Isnin.

Azlan melahirkan kekhuatirannya bahawa pelajar yang menjadi penagih air ketum sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang kerana tidak dapat mengawal ketagihan.

"Saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah untuk dipikul kerana guru juga perlu memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik para pelajar. Namun saya harap guru yang kerap bersemuka dengan mereka mengambil kesempatan itu untuk membantu," katanya.

Pada majlis itu, Azlan menyampaikan anugerah Tokoh Guru Perlis 2014 kepada bekas Pengarah Pendidikan Perlis, Dariah Saad, 67, berupa sebuah plak dan wang tunai RM4,000 sumbangan Bank Rakyat.
Tags / Kata Kunci: penagih , air ketum , Perlis

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan