Individu Buat Kecoh Di Pemilihan PKR Diserah Kepada Polis

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 5:10 PM

Datuk Johari Abdul

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan ketika proses pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul berkata, JPP tidak bertanggungjawab menentukan tindakan dan bentuk hukuman yang akan dikenakan kerana pergaduhan berlaku di luar kawasan seliaan.

"Apa yang berlaku adalah di luar kawasan dan dewan di mana pemilihan diadakan.

"Kita pun tak tahu siapa yang terlibat, sama ada anggota atau tidak, orang yang teraniaya atau tidak, jadi kita serahkan ini kepada polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Menurut Johari sekiranya siasatan mendapati pergaduhan itu melibatkan anggota parti, Lembaga Disiplin akan membuat keputusan mengenai tindakan yang akan dikenakan.

"Tetapi yang pasti ia tidak akan melibatkan JPP kerana insiden berlaku di luar kawasan seliaan kita," katanya.

Pemilihan semula PKR telah diadakan di Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kota Raja pada 21 dan 22 Jun lalu.

Pemilihan ini terpaksa diadakan selepas timbul kekecohan dan bantahan dalam pemilihan pertama yang diadakan sebelum ini.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata pemilihan semula di Sabak Bernam dan Kota Raja tidak akan diadakan sekali lagi walaupun berlaku sedikit kekecohan sebelum proses pengundian ditutup.

Katanya, JPP mendapati proses pengundian berlaku mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu selama enam jam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian sabotaj di Sabak Bernam sebelum proses pengundian di mana lantai tempat mengundi sengaja dikotorkan.

Bagaimanapun kekotoran itu berjaya dibersihkan dengan segera.

"Di Kota Raja juga berlaku sedikit kekecohan pada pukul 4.30 petang apabila terdapat percubaan untuk merosakkan majlis.

"Ia berlaku selepas enam jam proses pengundian berlangsung dan tidak akan ada pemilihan semula," katanya.

Pusingan akhir pemilihan semula parti akan diadakan pada 28 Jun ini dengan melibatkan 15 cabang di seluruh negara.

Keputusan pemilihan akan diumumkan secepat mungkin dan dijangka akan diketahui pada bulan Ramadan.

Sementara itu, Johari turut memberitahu bahawa tong-tong undi yang lain telah dibawa ke Ibu Pejabat PKR dan diawasi 24 jam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di bilik berkunci.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan