Dua Wakil MCA, Dua Wakil MIC Angkat Sumpah Senator

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 6:12 PM

(Dari kiri) Naib Presiden MCA Datuk Dr Hou Kok Chung, Pengarah Eksekutif Axisjaya Sdn Bhd Datuk Chai Kim Sen, Ketua MIC Bahagian Klang Datuk S. Vigneswaran M. Sanasee dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Goonasakaren Raman mengangkat sumpah jawatan sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Kuala Lumpur, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datuk Dr Hou Kok Chung adalah antara empat individu yang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen, Isnin.

Tiga lagi yang dilantik ialah Ketua Penerangan MCA Kebangsaan Datuk Chai Kim Sen, Ketua MIC Bahagian Klang Datuk S.Vigneswaran dan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Pahang Datuk R. Goonasakaren.

Mereka dilantik sebagai senator buat kali pertama untuk penggal tiga tahun.

Hou, 51, yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkelulusan Ijazah Kedoktoran Falsafah dari University Of London.

Menurutnya pelantikan itu membolehkannya menyuarakan pandangan masyarakat Cina di Dewan Negara.

"Saya menghargai pelantikan ini. Sama ada di Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, kedua-dua tempat ini merupakan ruang perbincangan antara pemimpin-pemimpin dalam pelbagai isu untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum," katanya kepada pemberita.

Tags / Kata Kunci: senator , MCA , MIC

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan