Malaysia-Tajikistan Mahu Perkukuh Hubungan Dua Hala

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 5:54 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Emomali Sharipovich Rahmon selepas sidang media bersama sempena lawatan negara Presiden Republik Tajikistan itu selama empat hari ke Malaysia di Seri Perdana, Putrajaya, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Tajikistan bersetuju menjalinkan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang utama bagi membawa hubungan dua hala sedia ada ke tahap baharu yang lebih berkualiti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua negara mengakui pentingnya meningkatkan kerjasama dua hala terutamanya dalam bidang pendidikan, pelancongan, sukan, ekonomi serta sains dan teknologi.

Bercakap pada sidang berita bersama dengan Presiden Tajikistan Emomali Sharipovich Rahmon sempena lawatan negara empat hari beliau ke Malaysia, Najib yakin lawatan itu menandakan satu bab baharu dalam hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.

"Kami mengadakan perbincangan yang berhasil dan mendalam merangkumi pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

"Kami menekankan pentingnya untuk membawa perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi," kata beliau.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan