Kebakaran Di Sumatera Tengah Punca Jerebu Di Pantai Barat Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 5:50 PM

Keadaan jerebu di Kuala Lumpur pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktiviti pembakaran di Sumatera Tengah Indonesia, menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung, termasuk ibu negara. 

Tiupan angin barat daya ketika aktiviti pembakaran membawa asap ke negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata menurut laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) berpusat di Singapura Sabtu lalu, wujud lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di wilayah Riau negara itu. 

"Pihak ASMC melaporkan bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) di Sumatera pada 21 Jun adalah sebanyak 88," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Imej satelit itu turut mengesan 17 titik panas di dalam negara iaitu Pahang (1), Sabah (5), Sarawak (10) dan Terengganu (1). 

"Dalam keadaan cuaca panas dan kering serta keadaan atmosfera yang statik (tenang), habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan kekal berkumpul dalam ruang udara dan menyebabkan keadaan sedikit berjerebu," katanya.

Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sentiasa memantau bagi mencegah pembakaran terbuka.

Katanya, 194 pegawai JAS diberi kuasa menangkap penjenayah alam sekitar di bawah peruntukan Seksyen 37 C Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, (Pindaan) 2012.

Sementara itu, menurut portal JAS, 30 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.
Tags / Kata Kunci: kebakaran , Sumatera , jerebu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan