Laluan Khusus HKL-Lebuhraya Duke Mudahkan Akses

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 11:31 PM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan) turut melihat projek pembangunan Hospital Ibu dan Anak semasa mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Isnin. Turut sama, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (dua dari kanan). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang membina satu laluan khusus menghubungkan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta sebuah stesen Mass Rapid Transit (MRT) bagi memudahkan akses ke hospital tertua negara itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata dua projek baharu itu adalah bagi merancakkan lagi projek pembangunan fizikal dan naik taraf HKL sebagai sebuah hospital utama yang dimulakan sejak 2009.

"Untuk dua projek baharu itu Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Mengikut cadangan akan terdapat laluan bawah tanah menghubungkan stesen MRT baharu berhampiran Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz dengan HKL," katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke tapak projek itu di sini, Isnin.

Katanya, kementerian tidak akan menanggung kos dua projek itu sebaliknya hanya menanggung kos pembangunan fizikal dan naik taraf HKL yang sedang dilaksanakan berjumlah RM1.4 bilion.

Dr Subramaniam berkata projek Fasa 2 bermula Mac 2013 meliputi projek laluan awam dan laluan ambulans telah pun dibuka untuk kegunaan awam pada 21 April lepas.

Katanya, blok Institut Urologi dan Nefrologi, Unit Rawatan Rapi (ICU), dewan bedah dan fasiliti sokongan yang juga sebahagian projek Fasa 2 masih dalam pembinaan.

Sementara itu pembinaan tempat letak kereta bertingkat dengan 1,950 lot pula dijangka siap sepenuhnya bulan depan.

"HKL telah mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM65 juta untuk pembinaan ini. Projek ini dijangka dapat menambah 2,000 lot tempat letak kereta sedia ada untuk menampung kira-kira 1,000 pekerja dan 5,000 keluarga pesakit setiap hari," katanya.

Projek kerjasama kerajaan-swasta menerusi pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-kanak (WCH) yang bernilai RM848 juta pula dijangka siap pada 2016, katanya.

Tambahnya kesemua projek pembangunan fizikal dan naik taraf HKL berjalan lancar dan sebuah pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) ditempatkan di HKL bagi memastikan projek siap sepenuhnya pada 2017.

Kerja-kerja naik taraf Fasa 1 yang melibatkan pengubahsuaian lobi utama, Wad 26 dan Wad 27 telah siap pada Julai 2012.
Tags / Kata Kunci: Duke , HKL , lebuhraya

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan