Kalimah Allah Akan Terus Digunakan Kecuali Dalam 'The Herald' - CFM

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 10:24 PM

Sebahagian daripada umat Islam yang berkumpul di hadapan perkarangan Istana Kehakiman di sini melaungkan kalimah Allah sebagai tanda bersyukur Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam terbitan mingguan 'The Herald' di Putrajaya, Isnin. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim mencapai keputusan majoriti itu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam naskhah Bible, perkhidmatan gereja dan perhimpunan Kristian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, seperti diamalkan sebelum ini kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald, menurut Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Pengerusi CFM, Eu Hong Seng berkata, kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini menyatakan bahawa keputusan mahkamah dalam kes itu sebelum ini, serta termasuk Mahkamah Persekutuan pada Isnin hanya merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” dalam “The  Herald”.

“Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan Malaysia, kami menganggap beliau (Gani) dan kerajaan Malaysia berpegang pada pendirian itu,” kata Hong Seng dalam satu kenyataan, Isnin.

Kenyataan dikeluarkan sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Persekutuan, Isnin.

Hong Seng bagi pihak CFM, berkata dia amat kecewa apabila Mahkamah Persekutuan menolak kebenaran bagi gereja Katolik merayu kepada mahkamah itu untuk menarik balik larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah “Allah” yang dirujuk sebagai Tuhan dalam “The Herald” versi bahasa Malaysia.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.
Tags / Kata Kunci: kalimah Allah , The Herald , CFM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan