AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik Maut Kemalangan

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 8:22 AM

Abu Bakar Chik.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Bukit Besi, Terengganu kira-kira pukul 3.16 pagi Isnin.

Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Difahamkan pembantunya, Hasmizi Hasan yang turut berada di dalam kenderaan yang dinaiki Abu Bakar tercedera.

Kereta yang dinaiki Abu Bakar dan Hasmizi terbakar sebaik sahaja mereka berjaya dikeluarkan. Foto fenditazkirah.blogspot.com

Maklumat awal mendapati kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mangsa melanggar sebuah van yang dinaiki enam pemumpang.

Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Datin Zaitun Salleh dan lapan anak.

Pada Muktamar PAS lalu, Abu Bakar bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS.

Beliau pernah menjadi Exco Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Tags / Kata Kunci: Abu Bakar Chik , AJK PAS Pusat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan