Yammy Belum Terima Surat Tunjuk Sebab, Umno Dijangka Hantar Kali Ketiga

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 2:18 PM

Yammy Samat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno dijangka menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat buat kali ketiga selepas ibu calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud itu sehingga kini masih belum menerima surat kedua yang telah dihantar kepadanya.

Bagaimanapun, surat berkenaan kali ini tidak akan diserahkan secara pos tetapi akan dibuat melalui serahan tangan secara terus kepada Yammy.

Penolong Setiausaha Kerja Umno Perak, Ishak Darus berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan dengan Umno Pusat mengenai alamat bagi surat kedua terlebih dahulu sebelum membuat serahan tangan.

Jelasnya, beliau menerima arahan daripada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Shaarani Mohamad untuk mendapatkan maklum balas Yammy berhubung surat berkenaan.

“Saya ada hubungi Kak Yammy malam tadi. Ikut kata dia, dia masih tak dapat lagi surat yang dihantar oleh Umno Pusat buat kali kedua.

“Jadi, esok (Isnin) saya akan periksa dengan Umno Pusat mengenai alamat surat kedua yang dihantar kepada Yammy. Apapun, saya akan serahkan surat berkenaan secara ‘by hand’ (serahan tangan) sendiri kepada Yammy,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Ishak yang turut menerima alamat sebenar daripada Yammy berkata, sebarang keputusan berkaitan surat tunjuk sebab itu akan ditentukan selepas pemeriksaan dibuat dengan Umno Pusat pada Isnin.

Pada Isnin lalu, Umno Pusat telah menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy berikutan surat pertama yang dihantar pada 3 Jun lalu telah dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Yammy bagaimanapun berkata, sehingga ke hari ini (Ahad) beliau masih belum menerima surat yang dihantar buat kali kedua.

“Saya amat bersetuju kalau Ishak Darus nak hantar ‘by hand’. Lebih mudah untuk saya terima dan saya memang dah lama pun tunggu surat itu,” katanya.

Menurut Yammy, beliau masih sedia menjawab surat tunjuk sebab itu meskipun ia merupakan kiriman surat buat kali ketiga daripada parti.

“Saya masih bersedia untuk menjawab surat tunjuk sebab daripada Umno sebab mahu tahu apa kandungannya dan beri penjelasan.

“Terpulang kepada Umno kalau hendak lanjutkan lagi tempoh menjawab surat itu. Keutamaan saya untuk jawab surat mereka,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

Pada 3 Jun lalu, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofya, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan