Ibu Kurung Remaja OKU Direman Hingga Rabu

Diterbitkan: Ahad, 22 Jun 2014 2:43 PM

Seorang remaja lelaki OKU ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai, Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

NILAI: Ibu kepada remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan oleh pegawai Imigresen di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak dekat sini direman.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning berkata, wanita itu dipercayai bekerja sebagai pembantu di sebuah syarikat menyediakan makanan di Sepang, ditahan pada petang Sabtu.

"Kita telah mendapat perintah reman terhadap wanita itu sehingga Rabu," katanya sambil menambah bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2011.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Sepasukan anggota Imigresen Negeri Sembilan menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) di flat di Taman Semarak dekat sini menemui seorang remaja OKU yang dikenal pasti sebagai Muhammad Firdaus Dullah dalam keadaan berbogel dan persekitaran rumah itu dipenuhi najis.

Remaja lelaki itu juga berbadan sangat kurus sehinggakan tidak mampu untuk berdiri atau duduk dengan sendiri.

Siasatan awal mendapati dia telah ditinggalkan bersendirian oleh ibunya.

Remaja itu hanya memakai baju kemeja-T yang koyak-rabak dan lembap ketika ditemui. 

Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Hospital di mana turut dimandikan dan dipotongkan rambut.

Ibunya sebelum itu berkata, dia terpaksa meninggalkan anaknya bersendirian kerana tiada siapa yang dapat menjaganya ketika dia pergi bekerja.

Tags / Kata Kunci: remaja oku

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan