Usah Tuding Jari Kepada Esscom - Shafie Apdal

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 6:18 PM

Shafie Apdal.

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berikutan beberapa insiden penculikan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Eszone). 

Beliau berkata tanggungjawab untuk menjaga keselamatan di Sabah khusus di kawasan Esszone bukan terletak seratus peratus di tangan Esscom, sebaliknya semua pihak perlu melaksanakan peranan masing-masing dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara khususnya di Sabah.

"Kita perlu tahu bahawa kes penculikan di kawasan pantai timur Sabah ini telah berlaku sejak 1970. Jadi tidak adil kita hanya menyalahkan Esscom kerana sebelum ditubuhkan pada April tahun lepas insiden penculikan di sini sudah berlaku," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Semarak Bersama Esscom Daerah Semporna, di sini Sabtu.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mengulangi gesaannya agar masyarakat khususnya di kawasan Esszone memberi kerjasama kepada pihak keselamatan untuk membanteras anasir jahat yang boleh mengancam kedaulatan negara.

"Saya minta semua masyarakat di negeri ini khususnya di pantai timur Sabah menyalurkan dan menyampaikan maklumat kepada anggota keselamatan sekiranya melihat individu atau kumpulan yang mencurigakan di tempat masing-masing. Saya minta kita terus memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan dan jangan sesekali cuba untuk melindungi penjenayah," katanya.

Shafie turut menyambut baik usaha dan komitmen padu pihak Esscom serta semua agensi di bawahnya termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penganjuran program Semarak Bersama Esscom itu.

"Penyertaan dan kerjasama daripada pelbagai jabatan dan agensi dalam program seumpama ini sangat penting dalam memantapkan kefahaman dan pengetahuan rakyat mengenai peranan dan fungsi Esscom. Saya percaya melalui program ini masyarakat di sekitar Semporna dapat lebih mengetahui tentang fungsi dan peranan ESSCom," katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek berkata program Semarak Bersama Esscom itu antara lain bertujuan memperjelaskan peranan dan fungsi Esscom dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah khususnya di Esszone.

Katanya program itu turut memberi peluang kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk melihat sendiri aktiviti yang dijalankan pelbagai pasukan dan agensi keselamatan di negeri ini khususnya di Esszone.

Esscom, yang ditubuhkan pada 1 April 2013 susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo,dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk PDRM, ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysiadalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah di Esszone.

Tags / Kata Kunci: Esscom , Esszone , Shafie Apdal , Sabah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan