530,358 Aduan 3 Bulan Pertama Tahun Ini - Syabas

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 5:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menerima 530,358 panggilan aduan berkaitan kes paip bocor, paip pecah dan kualiti air dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.


Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya berjaya mengambil tindakan sewajarnya setiap kali menerima aduan daripada pengguna menerusi talian bebas Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel).

"Tindakan pantas menyalurkan maklumat banyak membantu pihak Syabas mengambil tindakan dengan segera, terutama dalam mengurangkan kesulitan pengguna," katanya pada majlis penyampaian hadiah program Cabutan Bertuah Hadiah Pelanggan Prihatin Syabas di Subang Jaya, dekat sini, Sabtu.

Program pelanggan prihatin Syabas diperkenalkan pada 2005 bagi menghargai pelanggan yang membuat aduan atau memberi maklum balas berkaitan perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Abdul Halem berkata, Syabas dalam perancangan untuk menyediakan hadiah lebih lumayan dan menarik bagi program tersebut sempena menyambut ulang tahun ke-10 syarikat itu, awal tahun depan.

Pada program itu, sebanyak 15 pemanggil bertuah memenangi hadiah menarik antaranya televisyen LED 32 dan 42 inci, telefon pintar jenama Samsung Galaxy Grand dan tablet Samsung Galaxy Tab 3.


Tags / Kata Kunci: Syabas , aduan , Puspel

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan