Kerajaan Yakin Capai Sasaran 36 Juta Pelancong Menjelang 2020

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 6:07 PM

Mohamed Nazri Abdul Aziz.

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yakin sasaran untuk mencapai kehadiran 36 juta pelancong ke Malaysia menjelang tahun 2020 akan tercapai dan dapat memberi pulangan penjanaan pendapatan bernilai RM168 bilion.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keyakinan tersebut adalah berlandaskan kehadiran tujuh juta pelancong dalam masa tiga bulan pertama tahun ini.

"Tahun ini sahaja kita sasarkan 28 juta pelancong, insya-Allah ianya akan dicapai," katanya dalam sidang media selepas menutup Pekan Budaya Kuala Berang, Kuala Berang Eco-Fest serta Festival Batu Bersurat yang berlangsung serentak selama 10 hari di Kuala Berang di sini Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Mohd Jidin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Pengerusi Pengelola Program, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim merangkap Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan insiden seperti kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 serta penculikan rakyat asing di Sabah memberi impak kepada kehadiran pelancong ke negara ini.

"Kesan daripada insiden kehilangan MH370 dan penculikan di Sabah memang ada, tapi kita berdoa supaya ianya kembali seperti biasa sebab kejadian MH370 berlaku bukannya disengajakan, ianya takdir dan kerajaan juga sedang berusaha untuk menyakinkan kembali pelancong luar untuk datang ke negara kita," katanya.

Sementara itu Mohamed Nazri memuji usaha Pejabat Dewan Undangan Negeri Kuala Berang bersama Pejabat Daerah Hulu Terengganu yang menganjurkan tiga program mega secara serentak bermula 15 Jun lalu dalam usaha memperkenalkan Kuala Berang ke peringkat antarabangsa selaras dengan kewujudan Tasik Kenyir sebagai Tasik Bebas Cukai Pertama di dunia menjelang September ini.

"Program ini sangat bagus dan memang kementerian menyokong penuh program-program yang dijalankan ini yang mengetengahkan aktiviti pelancongan dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan sejarah yang mana sejarah Batu Bersurat juga ditonjolkan kembali.

"Kita berharap program ini akan terus diadakan dan akan dapat menarik lebih ramai pelancong luar. Untuk pengetahuan umum, Kuala Berang ini memangnya unik yang mana kita dapat melakukan aktiviti seperti menghambat ikan, menyusuri Sungai Berang, melakukan aktiviti sukan lumpur, tanpa perlu pergi jauh ke pedalaman kerana semuanya dapat dijalankan berdekatan dengan kampung di pinggir bandar ini," katanya.

Kuala Berang turut mencatat sejarah apabila berjaya mengatasi rekod lamanya dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2011 kerana mengadakan program menumbuk emping teramai di Malaysia apabila sebanyak 750 peserta menumbuk emping dengan menggunakan 150 lesung berbanding 122 lesung tiga tahun lalu.

Mohamed berkata beliau bangga dengan pencapaian dan penganjuran program tersebut dan mahu ia diteruskan bagi memelihara kebudayaan dan warisan nenek moyang.
Tags / Kata Kunci: Mohamed Nazri Abdul Aziz , pelancong , 2020

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan