Anggota Umno, BN Diminta Tidak Cetuskan Perpecahan - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 4:42 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Umno dan Barisan Nasional diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau terpengaruh dengan khabar angin berkaitan peletakan jawatan pemimpinnya, yang dilihat hanya akan mencetuskan perpecahan dalam parti itu. 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata anggota Umno dan BN perlu bersatu hati menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memacu negara menjadi sebuah negara maju.

"Janganlah kita jadi pencetus kepada pepecahan, negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bergerak ke hadapan.

"Kita nak jadi negara maju, banyak agenda pemimpin kita perlu selesaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wilayah Persekutuan Bebas Denggi anjuran Yayasan Kesejahteraan Bandar dan Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak di sini, Sabtu.

Mengulas dakwaan seorang anggota parti, yang juga setiausaha bahagian BN di Wilayah Persekutuan, kononnya Muhyiddin akan bercuti panjang dan tempat beliau akan dipangku sementara oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tengku Adnan berkata:

"Orang ini, dia tak suka Umno ini tenang, BN tenang. Kerajaan BN sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah. Saya tak tahu apa nak jadi kepada negara kita kerana banyak sangat orang (seperti) ini. Barangkali nak tengok negara kita hancur."

Pada Jumaat Perdana Menteri berkata laporan media sosial bahawa timbalannya akan berundur daripada Kabinet hanyalah 'rekaan politik' pihak tertentu.

Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau serta Muhyiddin.

Tags / Kata Kunci: Tengku Adnan , BN , Umno , spekulasi , politik

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan