El Nino Kembali Tapi Tidak Begitu Teruk

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 11:25 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tidak seburuk seperti El Nino yang berlaku pada 1997-1998, kesan pada tahun ini mungkin tidak menyebabkan gangguan bekalan air secara meluas atau berpanjangan, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jurucakap jabatan tersebut, Dr Hisham Mohd Anip berkata, tahap El Nino pada tahun ini diramalkan lemah dan sederhana.

"Berita baik adalah paras air di empangan tidak akan berkurangan seperti yang pernah dialami pada 1997 dan 1998," katanya kepada The Star.

Dr Hisham menegaskan El Nino antara tahun 2009 dan 2010 juga pada tahap sederhana dan meninggalkan kesan kecil.

"Tiada siapa pun menyedarinya," katanya.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan analisis El Nino jabatan itu adalah ramalan jangka panjang dan menekankan kejadian itu di luar dugaan.

Dr Hisham berkata, fenomena cuaca global itu berlaku pada purata setiap empat tahun dan boleh bertahan sehingga 18 bulan.

"Ia terbentuk pada pertengahan tahun, matang pada Disember atau Januari sebelum ia lemah dan berakhir pada akhir Mac nanti," katanya.

El Nini bermula dengan pemanasan luar biasa di permukaan laut, di kawasan tropika, sebelum merebak dan menjejaskan beberapa bahagian lain di dunia.

El Nino terburuk pernah berlaku menyebabkan kematian seramai 23,000 orang di seluruh negara kerana cuaca panas, kemarau, kebakaran hutan, banjir dan taufan.

Sementara itu, Dr Hisham berkata kebanyakan kawasan di Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik atau sederhana pada Sabtu.

"Kita masih berada dalam musim panas yang akan berterusan sehingga satu atau dua minggu dan udara mungkin sedikit berjerebu," katanya.

Namun, hujan akan turun dengan lebat pada bulan depan.


Tags / Kata Kunci: El Nino , sederhana

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan