Cuaca Panas Faktor Gangguan Bekalan Air - SPAN

Diterbitkan: Sabtu, 21 Jun 2014 6:30 PM

Sekumpulan kanak-kanak seronok bermandi-manda di pantai bagi menyejukkan badan ekoran cuaca panas yang melanda negara pada ketika ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permintaan bekalan air yang meningkat berikutan musim panas mengakibatkan lebih 50,000 pengguna di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pada Selasa dan Rabu lepas.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Carol Pelly berkata beberapa kolam air telah mengalami penurunan paras air yang ketara akibat permintaan tinggi bekalan air.

"Pada masa yang sama, rizab margin air terawat yang mampu dihasilkan oleh loji rawatan air sedia ada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah rendah iaitu kurang dua peratus," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Pada masa ini semua kawasan yang terlibat dibekalkan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan LRA Langat, katanya.

Katanya, jumlah pengeluaran air pada Khamis lepas daripada LRA Semenyih adalah sebanyak 688 Julat Liter Sehari (JLH) manakala LRA Langat pula sebanyak 482 JLH, melebihi 25 peratus kapasiti reka bentuk asal loji-loji iaitu 545 JLH dan 386 JLH.

Tags / Kata Kunci: SPAN , cuaca panas , gangguan air

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan