Malaysia Di Kedudukan Terendah Dalam Laporan Pemerdagangan Orang Jabatan Negara AS

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 10:59 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) meletakkan Malaysia di kedudukan paling rendah dalam laporan tahunan pemerdagangan manusia, dalam kategori yang sama dengan Zimbabwe, Korea Utara dan Arab Saudi.

Penyingkiran Malaysia ke peringkat 3 dalam laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara AS yang diterbitkan pada Jumaat menunjukkan bahawa negara ini telah dikategorikan sebagai gagal mematuhi kehendak-kehendak antarabangsa yang paling asas untuk mencegah penyeludupan dan melindungi mangsa di dalam sempadannya, kata laporan itu.

Menurut laporan itu yang meletakkan kedudukan 188 negara berdasarkan kesanggupan dan usaha mereka untuk memerangi penyeludupan, dan pertimbagan indeks petunjuk pasaran untuk komitmen anti-penyeludupan global - mangsa pemerdagangan manusia secara majoriti dianggap terdiri daripada anggaran dua juta buruh asing tanpa izin di Malaysia.

Kebanyakan mangsa adalah pendatang yang telah datang secara rela ke Malaysia dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Burma, Kemboja dan Bangladesh, yang tertarik dengan tawaran pekerjaan besar oleh Malaysia dan gaji tinggi serantau, katanya.

Menurut laporan itu, sekali lagi di Malaysia mereka menjadi mangsa buruh paksa di tangan majikan, syarikat-syarikat yang mengambil mereka berkerja atau sindiket jenayah terancang, yang enggan membayar, menahan dokumen mereka atau memaksa mereka ke dalam kancah perhambaan.

Ia berkata walaupun Malaysia telah mempertingkatkan usaha pencegahan terhadap penyeludupan melalui pengumuman khidmat awam, terdapat lebih sedikit pertambahan mangsa pemerdagangan yang dikenal pasti, begitu juga pendakwaan dan sabitan pada tahun ini berbanding tahun 2012.

Pihak berkuasa bukan sahaja gagal untuk menyiasat kes-kes yang dibawa kepada mereka oleh NGO, mereka juga gagal untuk mengenali mangsa atau tanda-tanda pemerdagangan, dan sebaliknya menganggap kes-kes sebagai kesalahan imigresen, katanya.

Beberapa pegawai imigresen juga dituduh terlibat dalam penyeludupan mangsa perdagangan manusia, namun kerajaan tidak menyiasat mana-mana individu atau kes-kes yang berpotensi itu, tambahnya.

Penurunan Malaysia ke peringkat 3 adalah penyingkiran automatik selepas empat tahun di senarai peringkat 2 dan ia adalah kali ketiga dalam tempoh tujuh tahun di mana negara ini telah jatuh ke ranking terendah.
Tags / Kata Kunci: TiP , pemerdagangan manusia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan