Tukar Agama: Kabinet Arah Peguam Negara Campur Tangan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kabinet meminta Pejabat Peguam Negara dan agensi-agensi berkaitan untuk mengkaji penyelesaian kepada isu kontroversi berkaitan persetujuan sebelah pihak mengenai isu agama kanak-kanak di bawah umur.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Kabinet masih menunggu maklum balas daripada Peguam Negara mengenai terjemahan Perlembagaan Persekutuan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris yang menimbulkan kontroversi.

"Perkara ini antara yang dibincangkan dalam meyuarat Kabinet lalu. Kami masih menunggu pandangan Peguam Negara mengenai perkara itu.

"Terdapat pelbagai pandangan mengenainya dan kita akan bincang dan kaji apakah penyelesaian terbaik," katanya selepas melancarkan program InvestSMART Suruhanjaya Sekuriti di Taylor University pada Khamis.

Isu persetujuan sebelah pihak untuk menukar agama kanak-kanak kembali tercetus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu Parlimen pada Selasa bahawa kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meminda mana-mana undang-undang berhubung perkara itu.

Jamil Khir memberi contoh kes Shamala Sathiyaseelam vs Dr Jeyaganesh Mogarajah, apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa persetujuan sama ada ibu atau bapa adalah mencukupi untuk menukar agama anak.

Khairy berkata pendirian Kabinet adalah konsisten dengan menghormati dan mengutamakan agama asal ibu bapa pada masa perkahwinan.

"Walau bagaimanapun sangat jelas kita menghadapi beberapa isu dalam tafsiran Perlembagaan Persekutuan dan itulah sebabnya kita perlu untuk menilainya kembali," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan