Bible: S'ngor Arah Penasihat Undang-Undang Bincang Dengan Pejabat Peguam Negara

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor mengarahkan Penasihat Undang-undang negeri berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi mencari kaedah sesuai dalam menyelesaikan isu kitab Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Januari lepas.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata arahan itu dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang menitahkan tindakan lanjut berhubung kitab Bible dalam bahasa Melayu yang dirampas itu dilaksanakan mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

"Perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara itu adalah untuk meneliti bagaimana pelaksanaan dalam penyelesaian isu kitab Bible yang dirampas itu dapat dibuat dengan tertib dan cepat serta mengikut prosedur perundangan.

"Jika isu ini terlalu lama untuk diselesaikan, kita khuatir masyarakat akan merasakan keadilan itu tidak dibuat dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana untuk sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Daerah Kuala Selangor di Kolej Antarabangsa Inpens, di sini Jumaat. 

Semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi bahawa Sultan Selangor bertitah supaya JAIS merujuk perkara tersebut kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menyatakan satu perbincangan dengan barisan exco kerajaan negeri akan dibuat pada Isnin ini berhubung titah Sultan Selangor itu dan sebarang keputusan berhubung isu itu akan diumumkan pada hari yang sama.

Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan bahawa pendakwaan tidak akan dilakukan berhubung rampasan Bible itu dan kes berkenaan ditutup. 

Pejabat Peguam Negara telah meneliti fakta dan bukti yang terkandung dalam kertas siasatan berhubung rampasan itu dan memutuskan ia bukan tulisan yang diterbitkan mengikut Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. 

Berikutan itu, Abdul Khalid mengarahkan JAIS memulangkan Bible berkenaan kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM), namun pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara serta arahan kerajaan Selangor supaya kitab itu dipulangkan dengan alasan mendakwa ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri.

Pada 2 Januari lepas, JAIS menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 naskhah Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban sebagai langkah menyekat penggunaan kalimah 'Allah' di dalam Bible yang didakwanya bercanggah dengan enakmen itu.
Tags / Kata Kunci: Bible , Jais , SElangor

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan