Senarai Menunggu Untuk Doktor Pelatih

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 7:24 PM

S Subramaniam

Datuk Seri Dr S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hospital awam hanya boleh menyerap kira-kira 5,000 doktor pelatih setiap tahun, tetapi terdapat lebih daripada 6,500 graduan perubatan dari institusi tempatan dan luar negara setiap tahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Kini terdapat satu senarai menunggu (jawatan doktor pelatih) antara tiga hingga enam bulan dan tempoh menunggu mungkin lebih panjang pada masa akan datang.

"Sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengawal pembekalan doktor baharu, kami kini dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk mengkaji semula kelayakan minimum (untuk masuk ke sekolah-sekolah perubatan)," kata Dr Subramaniam pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Tempoh latihan di hospital selama dua tahun adalah sebahagian daripada perantisan wajib bagi graduan perubatan yang mana apabila mereka berjaya menjalani latihan dalam tempoh itu, mereka akan diberi Sijil Perakuan Pendaftaran Penuh oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM).

Kini terdapat 33 buah sekolah perubatan yang menawarkan 44 program perubatan dalam negara tetapi Kabinet telah mengenakan moratorium lima tahun terhadap kursus perubatan baharu berkuatkuasa 1 Mei 2011.

Satu lagi langkah yang telah dilaksanakan baru-baru ini untuk meningkatkan bilangan penempatan doktor pelatih termasuklah menugaskan doktor pelatih di klinik kesihatan awam.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Subramaniam mengumumkan pewartaan tujuh lokasi di Johor sebagai zon bebas asap rokok berkuatkuasa 19 Jun.
Tags / Kata Kunci: doktor pelatih , senarai menunggu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan