Pengusiran: Penduduk Mintak Guan Eng Campur Tangan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Jun 2014 2:30 PM

Penduduk Bagan Ajam yang membantah pengusiran mereka dari situ baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Wakil kepada 50 keluarga di Pantai Bersih, Bagan Ajam yang berdepan masalah pengusiran, hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng mendesak campur tangan beliau berhubung kemelut yang melanda mereka.

Jurucakap penduduk Wong Seak Li, 40, berkata pihaknya turut menyertakan petisyen mengandungi tandatangan semua keluarga terlibat dan merayu Lim supaya menghalang sebarang bentuk tindakan perobohan rumah mereka sehingga rundingan selesai dijalankan.

"Kami turut berharap ketua menteri dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan berunding dengan pemaju bagi pihak kami kerana kami sudah buntu memandangkan tempoh untuk berpindah semakin hampir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada setiausaha politik ketua menteri Wong Hon Wai di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, Jumaat.

Sementara itu, Wong berjanji akan menyampaikan harapan penduduk terbabit kepada ketua menteri.

"Kami akan menelitinya dan akan buat susulan perkara ini dengan pemaju. Ini pertama kali saya berurusan dengan penduduk berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum itu.

Selasa lepas media melaporkan penduduk berkenaan perlu mengosongkan kawasan itu Ogos ini untuk memberi laluan kepada projek yang belum dipastikan sama ada untuk perumahan atau terowong dasar laut menghubungkan Bagan Ajam dengan Persiaran Gurney di sini.

Mereka yang ditawarkan pampasan serendah RM7,000 hingga RM25,000 mahu pemaju mempertimbangkan bayaran yang lebih setimpal atau menyediakan rumah lain sebagai ganti.


Tags / Kata Kunci: Bagan Ajam

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan