Usul Rujuk Jamil Khir Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 7:55 PM

Jamil Khir

Datuk Seri Jamil Khir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis menolak usul untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berikutan kenyataan beliau bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata permohonan usul yang dibentangkan oleh Oscar Ling (DAP-Sibu) tidak memenuhi syarat-syarat kerana beliau tidak mendapati prima facie terhadap kenyataan Jamil Khir.

Beliau berkata seseorang menteri yang ingin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen perlu mematuhi tiga kriteria seperti termaktub mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), iaitu kenyataan dibuat adalah salah, tidak berusaha memperbetulkan kenyataan itu dan mempunyai niat tidak baik.

"Apabila saya meneliti fakta di hadapan saya, saya mendapati tiada kes prima facie. Ini adalah pandangan saya dan mendapati beliau tidak berniat untuk mengelirukan Dewan. Jadi tiada sebab untuk merujuk beliau kepada jawatankuasa," jelas Pandikar.

Mengambil contoh kes Che Omar bin Che Soh lawan Pendakwaraya (1988), Pandikar berkata Mahkamah Agung tidak pernah memutuskan atau mengisytihar negara ini sebagai negara sekular.

"Apabila saya rujuk kepada kamus Oxford mengenai maksud sekular, ia bermaksud 'sekular tidak berkaitan dengan perkara agama dan kerohanian'.

"Oleh itu, kedudukan Malaysia adalah berbeza dengan negara sekular seperti Amerika Syarikat, India atau Turki yang jelas memperuntukkan elemen sekular di dalam Perlembagaan mereka," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta itu, Pandikar berkata Malaysia bukan negara sekular kerana Islam termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Menurutnya perkara itu hanyalah tafsirannya dan bukan pandangannya yang rasmi.

Kepada cadangan Anggota Parlimen pembangkang M.Kulasegaran (Ipoh Barat) untuk membawa isu sama ada Malaysia adalah negara sekular atau tidak ke Mahkamah Persekutuan, Pandikar menyambut baik perkara itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan