Bot Karam: 11 Terkorban, 1 Selamat, 23 Masih Hilang

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 6:54 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa tongkang yang dipercayai membawa 97 penumpang pendatang tanpa izin yang karam di perairan Sungai Air Hitam berhampiran Pantai Kelanang, di Kuala Langat, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Jumlah korban bot karam di perairan Kuala Sungai Air Hitam di sini meningkat kepada 11 individu dengan penemuan satu lagi mayat penumpang bot itu dekat pantai Morib di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azman Abdul Razak berkata mayat lelaki dijumpai terapung pada 12.20 tengah hari ini dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

"Seorang wanita berusia 34 tahun pula ditemui selamat di Tanjung Sepat dan sekarang jumlah yang masih kena cari adalah 23 orang. Setakat ini 63 penumpang bot berkenaan ditemui selamat" katanya.

Beliau berkata, angka 97 adalah angka kasar, mungkin ada lebih atau kurang, mangsa selamat dan mati adalah dalam kalangan yang tidak ada sebarang dokumen perjalanan sah dan ada yang pas lawatan tamat tempoh.

Pada Selasa lepas, sebuah bot yang membawa 97 penumpang warga Indonesia dilaporkan berlepas dari Jeti Sungai Judah, Pulau Carey menuju ke Tanjung Balai, Indonesia pada 11 malam sebelum karam, kira-kira sejam kemudian.

Beliau percaya peratusan mangsa yang masih hidup agak tinggi dan sekiranya mereka masih terselamat, kemungkinan mereka melarikan diri bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Mengenai kejadian bot karam terbaru di Beacon Api Gila, perairan Sepang, pagi ini, beliau berkata pihaknya merancang untuk melaksanakan pelan tindakan lebih komprehensif bagi mengelakkan kejadian itu berulang.
Tags / Kata Kunci: bot karam , Kuala Langat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan