Adun Seri Delima Tidak Didakwa Dengan Tuduhan Menghasut - Berita Semasa | mStar

Adun Seri Delima Tidak Didakwa Dengan Tuduhan Menghasut

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 9:59 AM

Gobind Singh (kiri) bersama Rayer (tengah) dan Ramkarpal.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N. Rayer tidak akan didakwa atas kesalahan menghasut pada Khamis. 

"Kami telah dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya bahawa mereka telah menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa beliau. 

"Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini," kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo. 

Gobind berkata beliau akan menulis surat kepada pejabat Peguam Negara untuk bertanya mengapa bahagian pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan dengan pendakwaan pada Khamis. 

"Kami juga tidak tahu kenapa. Pejabat Peguam Negara perlu memberikan jawapan dalam isu ini," tambahnya. 

Anggota polis turut diletakkan dalam keadaan bersedia di luar mahkamah. 

Rayer yang hadir bersama penyokong bagaimanapun enggan mengulas mengenai kes tersebut. 

Selain Ramkarpal, beliau turut diwakili oleh peguambela S. Raveentharan.

Pada Rabu, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Georgetown kerana mengeluarkan kata-kata kesat 'Umno Celaka' pada sidang DUN, 20 Mei lalu.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Tags / Kata Kunci: Rayer , menghasut , Umno Celaka
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan