Tiada Kebarangkalian MAS Tutup Buat Masa Sekarang - PM

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 6:56 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak timbul isu kebarangkalian kerajaan akan menutup syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS), buat masa ini.

Beliau berkata walaupun MAS mencatat kerugian, hala tuju syarikat itu masih belum diputuskan, dan implikasi kewangan kepada kerajaan adalah berdasarkan keputusan yang akan ditentukan hasil kajian Khazanah Nasional Bhd, sebagai pemegang saham terbesar.

"Pihak Kerajaan telah membincangkan isu kerugian MAS dan telah memutuskan Khazanah segera menjalankan kajian mendalam bagi mengenal pasti punca kerugian MAS dan opsyen penyelesaian terbaik.

"Khazanah, selaku pemegang saham terbesar MAS, telah pun memulakan kajian berkaitan prestasi masa lampau dan prestasi semasa syarikat penerbangan itu.

"Hasil kajian akan dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Khazanah sebaik sahaja ia dimuktamadkan bagi membolehkan hala tuju MAS ditentukan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat Khamis.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Najib, selaku Menteri Kewangan, menyatakan sama ada syor menutup MAS merupakan pelan pemulihan kewangan MAS, yang mengalami kerugian RM4.1 bilion, sejak tiga tahun lalu.

Beliau juga meminta Najib memberi butiran kerugian sepanjang tempoh ini, kesan negatif penutupan MAS kepada pekerja, pemilik saham serta kerugian yang akan ditanggung Kerajaan daripada aspek geran dan jaminan kewangan yang diberikan.

Perdana Menteri berkata MAS mencatatkan kerugian pada 2011, dengan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion ekoran kelembapan pasaran industri penerbangan, terutama bagi perkhidmatan kargo.

Selain itu, peningkatan kos operasi merangkumi kos bahan api dan kos bukan bahan seperti peruntukan pemulangan pesawat, peruntukan susut nilai pesawat kargo, dan peruntukan usang, turut menjadi faktor kerugian.

Namun, Najib berkata melalui pelaksanaan langkah-langkah strategik dalam pelan perniagaannya yang komprehensif, MAS berjaya memulihkan prestasi kewangan syarikat dan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM431 juta pada 2012, berbanding RM2.52 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2013, Najib berkata MAS mencatat peningkatan hasil sebanyak 10 peratus kepada RM15.1 bilion berbanding RM13.8 bilion pada tahun sebelumnya, berikutan peningkatan jumlah trafik penumpang.

"Bagaimanapun, MAS masih mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM1.174 bilion.

"Kerugian ini disebabkan peningkatan kos bahan api, kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding dolar US dan kos pemulangan pesawat," katanya.

Bagi tempoh suku pertama tahun ini pula, Najib berkata MAS mencatat kerugian sebanyak RM443 juta berbanding kerugian RM279 juta pada tahun sebelumnya.

"Lebihan kapasiti pasaran menyebabkan tekanan kepada struktur kadar tambang dan mengurangkan hasil syarikat," kata Perdana Menteri.
Tags / Kata Kunci: MAS , Khazanah

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan