Bacaan Kali Kedua RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 Ditangguh - Berita Semasa | mStar

Bacaan Kali Kedua RUU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 Ditangguh

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 10:39 AM

Ahmad Bashah Md Hanipah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 yang dijadual untuk dibacakan kali kedua pada Persidangan Dewan Rakyat kali ini ditangguh dan dibawa ke persidangan akan datang.

Usul penangguhan itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Penangguhan itu mengikut peruntukan 62 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan seorang menteri menarik balik atau menangguhkan sesuatu rang undang-undang di bawah tanggungjawabnya.

Tags / Kata Kunci: RUU , Suruhanjaya Koperasi Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan