Pergerakan Pengakap Kembangkan Potensi Remaja - Najib

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 9:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pergerakan pengakap merupakan medium penting bagi mengembangkan potensi golongan remaja.

Beliau berkata selain usaha oleh Kementerian Belia dan Sukan, kerajaan dari semasa ke semasa menggalakkan lebih ramai orang muda menyertai pergerakan pengakap sebagai sebahagian daripada strategi untuk memaksimumkan kemahiran dan ilmu golongan itu.
 
"Apabila bercakap mengenai pengakap, kita seringkali mengaitkannya dengan unggun api, pisau lipat dan cara mengikat simpul tetapi pengakap sebenarnya menawarkan pengalaman pendidikan yang memaksimumkan potensi, membuka peluang dan memberi kesan kepasda perubahan.
 
"Ia merupakan pergerakan yang berdedikasi ke arah membantu anak muda membangunkan etika, nilai, kepimpinan dan kesedaran sivik," kata beliau semasa merasmikan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Dunia-Pejabat Kuala Lumpur di Sentral Vista, Brickfields di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Persekutuan Pengakap Dunia Scott Teare, Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib turut menyatakan pengakap adalah pergerakan belia sukarela dan pergerakan bukan politik yang beroperasi tanpa mengira jantina, asal-usul, bangsa atau fahaman.

Menurutnya misi pengakap adalah untuk memberi sumbangan kepada pendidikan golongan muda, membangunkan emosi, intelektual, fizikal, potensi sosial dan rohani mereka sebagai individu, warganegara dan anggota masyarakat setempat, nasional dan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata dengan lebih 40 juta anggota di 162 negara, pergerakan Pengakap mencetuskan perbezaan dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja kepada pengakap tetapi juga kepada mereka yang membantu.

Sebagai contoh, katanya, pergerakan Pengakap menyumbang dengan membantu beribu-ribu pelarian Syria di Lubnan manakala pengakap di Filipina membantu mangsa Taufan Haiyan.

Najib turut menggalakkan semua Pertubuhan Pengakap Nasional supaya menyokong usaha Malaysia menganjurkan Persidangan Pengakap Dunia Ke-41 dan Forum Belia Pengakap Dunia Ke-13 pada 2017.
 
"Saya berharap pengundian yang akan berlangsung di Slovenia lewat tahun ini, akan memihak kepada usaha Malaysia," kata beliau.

Sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, Pergerakan Pengakap Dunia beroperasi di ibu pejabatnya di Geneva, Switzerland.

Tags / Kata Kunci: pengakap , Najib Razak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan