Isu Penentuan Agama Anak Perlu Adil - TPM

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 8:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendekatan yang adil dan saksama harus menjadi keutamaan dalam setiap perbincangan melibatkan hal penentuan agama seseorang anak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, katanya ia harus bersandarkan kepada Perlembagaan negara.

"Sebab di Malaysia kita mempunyai pelbagai kumpulan masyarakat, agama... (jadi) ada beberapa perkara yang perlu kita ambil supaya tidak menimbulkan masalah dan kekeliruan.

"Apa pun perkaranya, mesti ada pendekatan yang boleh diterima baik oleh semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen semalam bahawa Perlembagaan Persekutuan membenarkan agama seorang anak di bawah umur 18 tahun ditentukan oleh ibu atau bapa masing-masing.

Jamil Khir berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk meminda peruntukan mengikut Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan itu.

Mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu merujuk kepada pendakwa raya sama ada perlu memulangkan atau melupuskan kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia, Muhyiddin berkata titah itu haruslah dipatuhi.

"Itu titah Sultan dan mengikut undang-undang, enakmen dan juga kuasa agama di bawah negeri, Sultan adalah punca kuasa.

"Jadi, apapun titah dan nasihat Sultan di Selangor, pihak bertanggungjawab sama ada Menteri Besar atau Majlis Agama Islam Selangor harus patuhi," katanya.

Mengenai Persidangan Antarabangsa Majlis Sains Asia itu, Muhyiddin berkata kerjasama antara ahli-ahli sains dan kerajaan penting dalam memastikan pembangunan negara yang mampan.

Selepas banyak modal dibelanjakan dalam usaha itu, katanya tumpuan utama kini perlu diberi kepada aspek keberkesanan setiap program yang telah dijalankan.

"Bila persidangan seperti ini diadakan, kita boleh dapat pandangan baharu yang langkah-langkah yang diambil oleh seluruh pihak berkepentingan akan membawa kesan dan menjamin masa depan yang lebih baik dan selamat," katanya.

Persidangan dua hari itu dianjurkan bersama oleh Kementeri Sains, Teknologi dan Inovasi, Akademi Sains Malaysia, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) serta Majlis Sains Antarabangsa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Presiden Majlis Sains Asia Prof Emeritus Dr Mohd Nordin Hasan dan Presiden Majlis Sains Jepun Prof Dr Takashi Onishi. 


Tags / Kata Kunci: Jais , Lestari

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan