Surat Tunjuk Sebab Kepada Yammy Samat Dihantar Kali Kedua Kerana Salah Alamat

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 9:21 PM

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah. 

"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, Khamis.

Turut hadir Pengerusi Avenue K Tan Sri Yap Yong Seong.
Pada 3 Jun lepas, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan