Isu Status Agama Kanak-Kanak: Kabinet Minta AG Cari Penyelesaian

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 7:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kabinet meminta Pejabat Peguam Negara (AG) dan agensi berkaitan untuk mencari jalan penyelesaiaan terhadap isu status agama kanak-kanak dibawah 18 tahun, menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Kabinet juga masih menunggu maklum balas daripada pihak AG berhubung terjemahan Perlembagaan Persekutuan daripada Bahasa Melayu kepada Inggeris yang telah menimbulkan kontroversi.

"Ia merupakan perkara yang telah kami bincangkan dalam Mesyuarat Kabinet lalu. Kami masih menunggu pendapat Peguam Negara berhubung perkara ini.

"Terdapat pelbagai pandangan mengenai perkara ini. Kami akan bawanya untuk dibincangkan dan mendapatkan jalan penyelesaiaan terbaik," katanya selepas melancarkan Program InvestSMART Suruhanjaya Sekuriti di Universiti Taylor di sini, Khamis.

Isu penukaran status agama tercetus semula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  memberitahu Dewan Rakyat pada Rabu, bahawa kerajaan tidak bercadang untuk meminda undang-undang berhubung isu berkaitan.

Menurut Jamil, berdasarkan peruntukan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, agama bagi kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaga.

Jamil Khir menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanya bilakah kerajaan mahu menggubal undang-undang berkaitan berhubung hak penukaran agama kanak-kanak bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi soalannya, Kulasegaran merujuk kepada keputusan Kabinet pada 2009 yang mengharamkan kes penukaran agama anak tanpa kebenaran ibu dan bapa.


Tags / Kata Kunci: Peguam Negara , Dewan Rakyat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan