KFR1M Bantu Ringan Beban Pelajar IPT

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 9:38 PM

Datuk Seri Hasan Malek melihat menu di KFR1M selepas merasmikan KFR1M pertama di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Khamis melancarkan Kafe Rakyat 1Malaysia (KFR1M) dalam usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata KFR1M, yang diwujudkan pihak swasta, menawarkan 90 peratus jualan makanan dan minuman secara pakej iaitu sarapan pagi dengan harga RM2 untuk 18 pilihan makanan.

"Makan tengah hari dan makan malam hanya berharga RM4 untuk tidak kurang daripada 30 pilihan makanan terdiri daripada lapan jenis masakan sayur, 12 jenis masakan ayam dan 10 jenis masakan ikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KFR1M pertama di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini. 

Turut hadir Naib Canselor UMP Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, Pengarah KPDNKK Pahang Sharuddin Jali dan Pengerusi KFR1M Datuk Tengku Muhammad Sultan Abu Bakar.

Selain itu, KFR1M menawarkan menu sampingan seperti telur dadar, telur masin, sambal tempe serta lapan pilihan jenis minuman yang diberikan percuma dan pengambilan nasi tanpa had.

Hasan berkata 10 lagi KFR1M bakal dibuka di Pahang tahun ini termasuk di Politeknik Sultan Ahmad Shah, Semambu; Kolej Matrikulasi Gambang; Universiti Teknologi Mara UiTM Jengka; Kolej Polytech Mara dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kampus Kuantan.

"Kita akan lihat sambutannya di negeri ini dahulu sebelum memperluasnya di IPT lain di setiap negeri," katanya.

Sementara itu, Tengku Muhammad berkata KFR1M diwujudkan setelah menyedari pelajar IPT tidak mampu menikmati juadah lengkap tiga kali sehari.

Walaupun hanya mendapat keuntungan rendah, namun beliau yakin harga istimewa itu akan menarik pelajar, pensyarah dan kakitangan akademik menikmati menu di KFR1M.

Menurutnya KFR1M di UMP mendapat sambutan hangat daripada pelajar dan kakitangan akademik selepas dibuka tiga bulan lepas.

Tags / Kata Kunci: KFR1M , Datuk Seri Hasan Malek

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan