KDN Perlu Kaji Operasi Syarikat Keselamatan Asing

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengkaji secara terperinci cadangan sebuah syarikat kawalan keselamatan negara jiran untuk beroperasi di Iskandar Malaysia.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat, berkata apa yang dibimbangkannya dan masyarakat tempatan ialah kehadiran syarikat asing itu berkemungkinan boleh memudaratkan keselamatan Johor.

"Kita kena peka. Kita kena musykil tentang kepintaran dan kepakaran (syarikat). Jika kepakaran mereka dalam bidang seperti perisikan, kita bimbang ia akan memudaratkan keselamatan Johor...tidak harus ada tolak ansur terhadap isu keselamatan," katanya.

Walaupun begitu, Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata beliau faham dengan kehendak pelabur asing yang mahu menjaga pelaburan mereka di Johor.

Malah beliau berterima kasih kepada pelabur asing yang datang ke Johor untuk melabur dan membawa pembangunan, namun katanya, ia tidak seharusnya menjejaskan keselamatan dalam negeri.

Media pada Mac lepas melaporkan tentang kerjasama antara syarikat keselamatan asing dengan rakan niaga tempatannya untuk menawarkan perkhidmatan keselamatan di Iskandar Malaysia.

Tengku Putra Haron Aminurrashid turut menyentuh isu operasi syarikat keselamatan asing itu di Iskandar Malaysia dalam ucapannya pada persidangan DU NJohor awal bulan ini.

Tags / Kata Kunci: KDN , Johor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan