Isu Bible Melayu Mesti Diselesaikan Menerusi Lunas Undang-Undang - Sultan Selangor

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 6:20 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan agar Jabatan Agama Islam selangor (Jais) merujuk isu rampasan Bible Melayu kepada prosedur undang-undang dan proses perundangan sedia ada.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan langkah itu perlu untuk melindungi kemurnian undang-undang dan sensitiviti semua pihak yang terlibat dalam isu tersebut.

Baginda juga menyeru semua pihak terutamanya ahli politik menghentikan mengeliru orang ramai dengan mengemukakan jalan penyelesaian yang tidak mengikut lunas undang-undang serta sebarang cadangan yang tidak wajar.

Sultan Sharafuddin menitahkan demikian menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak Sultan Selangor, Mohamad Munir menegaskan bahawa Sultan Sharafuddin berharap yang anggota politik tidak menggunakan isu tersebut untuk kepentingan parti masing-masing.

“Biarlah perkara ini diselesaikan oleh pihak-pihak yang diberikan kuasa untuk menyelesaikannya.

“Perkara berkaitan agama adalah isu yang sensitif. Oleh yang demikian, Tuanku Sultan menasihati mana-mana pihak yang tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut berhenti daripada mengeluarkan kenyataan dan menambah rumitkan keadaan,” jelas Mohamad Munir.

Beliau juga berkata bahawa Sultan Selangor telah memberi jaminan bahawa setiap tindakan dan perintah yang dikeluarkan oleh baginda sama ada berkaitan dengan agama atau hal ehwal negeri tidak pernah mengenepikan undang-undang dan baginda juga tidak pernah bertindak seolah-olah baginda adalah di atas undang-undang.

Isu berkaitan Bible Melayu bermula pada 2 Januari lalu apabila kakitangan penguatkuasa Jais merampas dan menahan 321 buah naskhah berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim, Petaling Jaya, dengan alasan ia melanggarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam Negeri Selangor(Kawalan Ke Atas Propaganda Ke Atas Orang Islam).

Minggu lalu, Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mengumumkan yang Jabatan Peguam Negara telah mengambil keputusan untuk menutup kes tersebut dan tidak akan mendakwa BSM.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menetapkan Isnin depan sebagai tarikh untuk menyelesaikan isu tersebut.

Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) enggan memulangkan semula Bibles berkenaan kepada BSM.

Sultan Sharafuddin bagaimanapun menegaskan, sama ada Bibles berkenaan wajar dipulang atau dimusnahkan haruslah dilakukan mengikut lunas dan proses perundangan dan prosedur undang-undang.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan