Penganjur Festival Muzik Sambut Baik Cadangan Guna Anjing Pengesan Di Konsert - Berita Semasa | mStar

Penganjur Festival Muzik Sambut Baik Cadangan Guna Anjing Pengesan Di Konsert

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Future Music Festival Asia (FMFA) mengalu-alukan cadangan Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan anjing bagi mengesan dadah di acara-acara muzik.

Ketua Pegawai Eksekutif The Livescape Group, Iqbal Ameer mengalu-alukan dan memuji kesediaan kementerian untuk bekerja dan bekerjasama erat dengan penganjur festival muzik.

"Keutamaan kami apabila menganjurkan acara berskala besar adalah aspek keselamatan dan keselamatan pengunjung.

"Walau bagaimanapun, tidak banyak yang penganjur boleh lakukan, dan kita sentiasa berkata bahawa perlu ada kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkuasa untuk menghasilkan persekitaran yang lebih selamat dan menyeronokkan untuk pengnjung acara," katanya dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada The Star, Khamis.

Iqbal berkata demikian sebagai tindak balas terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata di Parlimen bahawa anjing pengesan mungkin digunakan untuk mengesan dadah di festival muzik, jika perlu, pada masa akan datang.

Dr Wan Junaidi berkata aspek keselamatan di acara-acara seperti itu akan menjadi lebih ketat berikutan kes di mana enam orang, yang berusia antara 21 dan 28 tahun meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan di FMFA, Mac lalu.

Selepas kejadian itu, penganjur FMFA memutuskan untuk membatalkan hari terakhir acara tersebut.

Iqbal berkata, industri bagi acara yang diadakan secara langsung adalah penting terhadap negara kerana ia terbukti berkesan dalam menarik jumlah besar kedatangan pelancong.

"FMFA sahaja, dalam tempoh tiga tahun, telah menarik lebih 40,000 pelancong yang telah datang ke negara ini khusus untuk festival yang diadakan, menyumbang lebih RM150 juta dalam pendapatan pelancongan," katanya.

Beliau berkata FMFA juga dikenali sebagai festival muzik terbesar di Asia Tenggara dan telah berjaya meletakkan Malaysia pada peta dunia sebagai destinasi muzik secara langsung yang berdaya maju.


Tags / Kata Kunci: FMFA , anjing pengesan , dadah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan