Bot Karam di Perairan Sepang, 9 Hilang, 18 Berjaya Diselamatkan

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

PORT KLANG: Sebuah lagi bot pancung yang membawa 27 pekerja Indonesia karam di perairan  Sepang awal pagi Khamis.

Kejadian tersebut berlaku 24 jam selepas sebuah bot yang membawa 97 rakyat Indonesia karam di perairan Kuala Langat pada Rabu. 

Pengarah (Operasi) Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakub berkata 18 orang berjaya diselamatkan setakat ini sementara sembilan lagi masih hilang. 


"Siasatan awal mendapati bot berkenaan tenggelam pada pukul 3 pagi ketika dalam perjalanan ke Tanjung Balai. 

"Kami percaya bot berkenaan berlepas dari Pantai Morib," katanya kepada pemberita.

Tags / Kata Kunci: bot pancung , karam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan