Perjalanan Dua Bot Karam Mungkin Diurus Ejen Sama - APMM

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 10:59 PM

Kapten Maritim Hamid Mohd Amin

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak menolak kemungkinan dua bot yang karam di perairan Air Hitam, Pulau Carey dan perairan Sepang diuruskan ejen yang sama.

Pengarah Operasinya, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin berkata ini kerana kedua-dua kejadian berlaku dalam tempoh selang beberapa jam dan menggunakan laluan yang hampir sama menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

"Kita bagaimanapun masih menyiasat kemungkinan itu kerana mangsa yang menaiki bot tidak kenal orang yang uruskan perjalanan mereka dan mereka hanya berhubung melalui telefon bimbit sahaja. Telefon bimbit mereka pula sudah hilang ketika kejadian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat APMM Klang di sini Khamis.

Dalam kejadian di Beacon Api Gila, perairan Sepang, sembilan warga asing dipercayai rakyat Indonesia dikhuatiri hilang manakala 18 lagi dapat diselamatkan selepas bot pancung yang dinaiki mereka terbalik kira-kira pukul 5 pagi semalam (18 Jun).

Beberapa jam sebelum itu, sebuah bot yang membawa 97 pendatang warga Indonesia karam di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey kira-kira pukul 12.30 pagi.

Hamid berkata kesemua 27 penumpang bot pancung yang karam di perairan Sepang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung mereka untuk meraikan awal Ramadan.

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca buruk berikutan angin bertiup kencang selain faktor terlebih muatan berikutan bot itu hanya mampu memuatkan maksimum 10 penumpang.

Hamid juga berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kesemua 27 penumpang bot pancung itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau sebaliknya.

"Apapun mangsa yang terselamat ini kita beri mereka rehat, makan dan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu. Selepas itu baru kita jalankan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat baki mangsa yang masih hilang sehingga ditemui dengan kekuatan 40 anggota serta melibatkan empat kapal, sebuah helikopter dan sebuah pesawat.
Tags / Kata Kunci: bot karam , Pulau Carey

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan