Jenazah Zubaidah Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 8:27 PM

Zubaidah C.M Hashim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dermawan wanita terkemuka, Datuk Zubaidah C.M Hashim yang meninggal dunia akibat sakit jantung selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu.

Ahli keluarga dan saudara mara Allahyarham berkumpul di rumahnya di Jalan Rimba, Taman Tasik Titiwangsa pada pukul 10 pagi sebelum jenazah dibawa ke masjid berdekatan untuk disembahyangkan.

Adiknya, Pengarah Eksekutif The Star, Tan Sri Kamal Hashim berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Zubaidah adalah ketika pertemuan keluarga dua minggu lalu.

"Dia berada dalam keadaan baik ketika kami berkumpul bersama dan kematiannya amat mengejutkan," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Anak lelaki Zubaidah, Datuk Kamil Khalid Ariff berkata, ibunya mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke Hospital Gleneagles sebelum disahkan meninggalkan dunia akibat sakit jantung pada pukul 7 malam.

Ibu kepada tujuh orang anak dan juga isteri Pengarah Pengasas Bank Bumiputra, Allahyarham Datuk K.Mushir Ariff memulakan kerja sukarela pada tahun 1947.

Beliau terlibat dalam kerja sosial termasuk di Institut Wanita, Perkim Pulau Pinang dan juga pernah berkhidmat sebagai pemegang amanah bagi Sekolah Persekutuan Orang Pekak.

Zubaidah turut aktif dalam Kaum Ibu Umno pada 1940-an.

Enam tahun lalu beliau mengumpul kesemua anak-anaknya untuk membantu membina sebuah masjid di Kemboja bagi memperingati Allahyarham bapa mereka.

Masjid Haji Mushir Ariff di Kampot, selatan Kemboja dirasmikan oleh Zubaidah dengan kehadiran anak-anak dan cucunya pada Ogos 2008.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan