Malaysia Iktiraf Islam Sebagai Agama Rasmi Negara Ini - Dr Mahathir

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 6:56 PM

Dr Mahathir Mohamad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia hanya sebuah negara biasa yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau berkata, ini tidak bererti Malaysia adalah sebuah negara Islam atau sekular.

"Kita mengisytiharkan negara kita sebagai negara Islam sebelum ini, tetapi ia tidak bererti bahawa kita perlu melakukan semua jenis perkara lain untuk menjadikan ia negara Islam.

"Terdapat banyak negara Islam yang tidak mengisytiharkan mereka negara Islam dan mereka juga tidak mengamalkan pelbagai perkara yang sepatutnya ada kaitan dengan negara Islam," katanya kepada The Star.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada ceramah eksekutif di Ibu Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini Rabu.

Namun, Dr Mahathir berkata, ini juga tidak bermaksud Malaysia boleh dianggap sebagai negara sekular kerana ia tidak disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak pernah berkata negara ini adalah negara sekular atau sebaliknya. Kita hanyalah sebuah negara biasa yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara ini dan kita mengamalkan perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Empat hari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan Malaysia bukan negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu.

Tags / Kata Kunci: negara sekular , Malaysia , Islam , Dr Mahathir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan