Tongkang Karam: Sembilan Mati, 61 Diselamatkan, 27 Masih Hilang - Shahidan

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 10:00 PM

Dua mayat PATI dalam insiden bot karam dikumpulkan di Jeti Kelanang, Kuala Langat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sembilan orang disahkan mati manakala 61 lagi berjaya diselamatkan ekoran kejadian tongkang karam di perairan Banting, awal pagi Rabu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan, yang juga bertanggungjawab bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, berkata 27 orang lagi mangsa masih belum ditemui. 

Dalam sidang akhbar yang diadakan pada pukul 1.30 petang di lobi Parlimen, Shahidan berkata 97 penumpang yang menaiki tongkang terbabit dipercayai pendatang tanpa izin.

Bot itu dipercayai bertolak dari Kampung Ayer Hitam, Pulau Carey menuju ke Acheh, Indonesia, katanya, sambil menambah bangkai kapal ditemui di muara Kuala Langat oleh kapal menyelamat.

Tongkang tersebut dilaporkan karam pada jarak dua batu nautika dari Sungai Air Hitam, Selangor kira-kira tengah malam Rabu.

Satu panggilan kecemasan telah diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting Bomba kira-kira pukul 12.24 Rabu dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Lt Kdr (M) Mohd Hambali Ya'akob tiba di tempat kejadian pada pukul 1 pagi.

Shahidan berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Marin (PGM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang diteruskan.
Tags / Kata Kunci: tongkang , karam , Banting

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan