3.3 Tan Sisik Tenggiling Dirampas Di Hong Kong, Ahli Perniagaan Malaysia Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 6:29 PM

Sisik tenggiling boleh mencecah harga ribuan ringgit sekilogram di pasaran gelap.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan dari Malaysia ditahan di Hong Kong kerana dipercayai menyeludup 3.3 tan sisik tenggiling dari Afrika melalui Malaysia.

Menurut laporan South China Morning Post, kontena yang mengandungi sisik tenggiling itu datang dari dua penghantaran yang tiba melalui Malaysia pada dua tarikh berbeza iaitu pada Mei dan Jun.

"Salah sebuah kontena tiba dari Uganda menerusi Kenya dan Malaysia pada 28 Mei, kononnya membawa sisa plastik. Kira-kira 20 beg mengandungi satu tan sisik tenggiling berjaya ditemui di dalamnya," menurut laporan itu.

Sementara itu, kira-kira 2.34 tan sisik tenggiling dalam 115 beg ditemui di dalam sebuah lagi kontena bertarikh 11 Jun yang kononnya membawa kayu dari Cameroon.

Semasa serbuan itu, pegawai kastam Hong Kong menahan seorang ahli perniagaan Malaysia berusia 46 tahun yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut.

Seorang pegawai kastam Hong Kong berkata, sisik tenggiling yang diseludup itu bernilai HK$17 juta (RM7.09 juta).

Menurutnya, harga sisik tenggiling yang dijual di pasaran gelap boleh mencecah harga sehingga HK$5,000 (RM2,086) sekilogram.

Pengarah Serantau Kumpulan Pemantau Perdagangan Hidupan Liar (Asia Tenggara), Dr Chris Shepherd berkata, rampasan tersebut menunjukkan penyeludupan sisik tenggiling menerusi Malaysia amat mudah.

"Perdagangan hidupan liar secara haram adalah seperti elektrik. Ia mengambil laluan yang mudah. Jika mereka (penyeludup) boleh melakukannya tanpa ditangkap, mereka akan terus berbuat demikian," katanya.

Dr Shepherd berkata, Malaysia dikenali sebagai lokasi transit untuk aktiviti penyeludupan dan risiko ditangkap adalah tipis.

Katanya, walaupun Jabatan Kastam telah mempertingkatkan penguatkuasaan, penglibatan oleh agensi lain amat diperlukan.

Terdahulu, The Star melaporkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menggagalkan 50 cubaan menyeludup sejak 2010 dengan merampas kira-kira 1,500 tenggiling pada Julai 2013.

Sisik tenggiling digunakan sebagai ramuan perubatan tradisional China manakala dagingnya untuk masakan eksotik.

Usaha untuk menghubungi Perhilitan dan Jabatan Kastam bagaimanapun tidak berjaya.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan