Adun Seri Delima Ditahan Berhubung Kenyataan Celaka

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 4:33 PM

R.S.N Rayer.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer ditahan polis berhubung kenyataan 'celaka' yang diucapkannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Beliau dijangka didakwa kerana menghasut pada Khamis.

Rayer yang ditemani oleh ahli exco kerajaan negeri, Jagdeep Singh Deo tiba di Ibu Pejabat Polis George Town kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.

Difahamkan 14 individu yang menceroboh masuk ke dalam DUN baru-baru ini turut akan didakwa dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan