Pusat Perakaunan Profesional Di UiTM - PM

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 2:06 PM

Najib

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan Pusat Perakaunan Profesional bagi meningkatkan bilangan profesional Bumiputera dalam bidang berkenaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pusat tersebut akan ditempatkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menawarkan empat kursus profesional.

Kursus berkenaan membabitkan Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah Malaysia (CIMA), Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW) dan Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

"Kita dapati pada masa ini jumlah yang lulus dalam bidang perakaunan di peringkat universiti bilangan Bumiputera adalah ramai iaitu 64 peratus atau 7,363 daripada 11,660 orang.

"Namun kita dapati, jumlah yang dianggap sebagai profesional dengan kelulusan profesional hanya lapan peratus sahaja atau 1,554 orang," katanya di bangunan Parlimen, Rabu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) di sini.

Mengulas lanjut Najib berkata, kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan jumlah graduan profesional dalam bidang perakaunan kepada 25 peratus menjelang 2020.

Selain itu, menurut Perdana Menteri, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk meminda Akta Akauntan 1967 bagi memberi galakan kepada orang ramai untuk mendapatkan kelulusan profesional dalam bidang tersebut.

"Kita akan kaji anomali (peraturan) yang wujud sekarang ini di mana dalam kerajaan mereka yang ada kelulusan perakaunan peringkat ijazah mendapat gaji yang lebih daripada profesional akauntan.

"Ini tidak memberi insentif kepada mereka untuk memperolehi ijazah profesional dalam bidang perakaunan," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan