Pakaian Pramugari Islam Perlu Patuhi Syariah, Tiada Rancangan Larang Hidangan Alkohol

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 10:26 PM

Pramugari MAS memakai pakaian seragam ala kebaya milik syarikat penerbangan itu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan supaya memberi pilihan kepada pramugari untuk memakai pakaian seragam yang mematuhi Syariah.

Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok), pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata syarikat penerbangan itu mempunyai kebebasan untuk memilihan pakaian seragam untuk anak kapal mereka asalkan ianya mengikut standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Kementerian Pengangkutan meminta MAS untuk membenarkan atau memberi pilihan kepada pramugari beragama Islam untuk memakai pakaian seragam yang mematuhi Syariah," katanya.

Hishammuddin berkata MAS telah memaklumkan kepada kementerian bahawa pakaian seragama ala kebaya mencerminkan 'layanan baik Malaysia' identiti syarikat penerbangan tersebut.

"Ia juga merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan itu untuk menentukan pilihan pakaian seragam berdasarkan imej korporat mereka," katanya.

Dalam soalannya, Ahmad bertanya kepada Kementerian Pengangkutan bila MAS akan mengenakan keperluan kod pakaian menutup aurat dan melarang hidangan minuman beralkohol.

Hishammuddin berkata, tiada perancangan untuk melarang hidangan alkohol dari menu penerbangan itu kerana ia adalah normal bagi amalan penerbangan antarabangsa.

Tambahnya, ketiadaan larangan itu tidak bermaksud MAS menggalakkan penumpang untuk minum minuman tersebut.

Namun, Hishammuddin berkata, kementerian akan meminta MAS untuk mempertimbangkan bacaan doa perjalanan sebelum pesawat berlepas.

"Itu adalah cadangan yang baik. Kementerian akan meminta MAS untuk mempertimbangkannya," katanya.

Pesawat membawa 227 penumpang termasuk 12 anak kapal, yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing hilang dari radar pada 8 Mac lalu.

Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian giat dijalankan walaupun memasuki 103 hari pesawat itu dilaporkan hilang.

Sehingga kini tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan pencarian.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan