Shahidan Doa Lembutkan Hati MP PAS

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 12:41 PM

Shahidan Kassim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara cuba menggunakan Dewan Rakyat sebagai medan untuk 'menyerang' Datin Seri Rosmah Mansor, Ahli Parlimen PAS-Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff  ditegur kerana berprasangka buruk terhadap isteri Perdana Menteri itu.


Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mendoakan agar Ahli Parlimen PAS itu diberikan petunjuk supaya berkelakuan mengikut ajaran Islam.

"Saya berdoa semoga Allah mengubah hatimu supaya jadi lebih mulia, supaya melihat kebaikkan program Permata Negara (Permata).

"Benda yang baik kita kena kata baik, yang tidak baik kita kena tegur. Itu cara Islam. YB (Yang Berhormat) berpakaian cara Islam tapi mulutnya...masyaAllah," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Teguran Shahidan itu dibuat selepas Siti Zailah mengemukakan soalan tambahan dengan bertanya sama ada program Permata yang dinaungi Rosmah mempunyai agenda tersembunyi.

"Apakah ini agenda untuk naikkan nama isteri perdana menteri? Kalau betul perkara ini (Permata) untuk memperkasakan sistem pendidikan pra sekolah, sepatutnya kerajaan memperkasakan tadika, taska dan pra sekolah," katanya.

Bagaimanapun Shahidan menegur Siti Zailah supaya tidak melihat program tersebut dari sudut negatif kerana ia terbukti mempunyai impak positif kepada sistem pendidikan awal kanak-kanak hingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

"Jangan kamu mengintai keburukkan orang. YB buruk sangka terhadap orang yang mengabdikan dirinya kepada negara ini.

"Kurikulum Permata ini diterima di peringkat antarabangsa dan agensi lain. Kalau PAS ataupun PKR hendak ambil program Permata pun boleh," katanya.


Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , PAS , Rantau Panjang , Permata Negara

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan