Malaysia Destinasi Paling Mesra Bagi Pelancong Islam - Najib

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 9:42 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kajian perunding pelancongan, Crescentrating memberikan Malaysia 8.3 mata daripada 10 mata penuh, menjadikan Malaysia sebagai destinasi paling mesra bagi pelancong beragama Islam dari serata dunia.

Perdana Menteri percaya keramahan dan kemesraan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, budaya dan agama adalah satu daripada faktor utama kebanjiran pelancong ke negara ini. 

 "Kita juga turut menawarkan kemudahan kepada pelancong-pelancong Islam, terutamanya dalam penyediaan makanan halal dan tempat-tempat ibadat," katanya dalam laman Facebook beliau pada Rabu.

Kumpulan perunding pelancongan Islam yang berpangkalan di Singapura meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra Islam terbaik dunia.

Kajian menyaksikan Malaysia menduduki tempat teratas, mengatasi Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Arab Saudi dan Indonesia. 

Ia membuat penyenaraian berdasarkan bagaimana mereka memenuhi keperluan pelancong beragama Islam yang semakin meningkat bagi perkhidmatan dan makanan halal.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia melonjak lima anak tangga untuk berada dalam senarai 20 Teratas dalam Ranking Persekitaran Perniagaan yang dikeluarkan oleh unit penyelidikan majalah ekonomi antarabangsa, The Economist Intelligence Unit.

"Ini merupakan petunjuk positif terhadap dasar liberalisasi ekonomi kita dan membuktikan kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 "Marilah kita menyasarkan untuk senarai 10 Teratas!," kata beliau.

Laporan itu, yang dikeluarkan pada Mei menyenaraikan Malaysia berada di tangga ke-19 daripada 82 negara sebagai tempat terbaik untuk menjalankan perniagaan.

Malaysia mengatasi negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Korea Selatan dan Jepun, yang menunjukkan peningkatan apabila melonjak lima anak tangga selepas menduduki tempat ke-24 untuk tempoh 2009 hingga 2013.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan